Tuesday, December 28, 2010

Sifat Asli Lelaki

Assalamualaikum jumpa lagi . Hari ini saya akan kongsi tip dengan anda semua macamana nak kenali sifat asli seorang lelaki melalui bentuk bibir.Kenali bentuk bibir pasangan anda.
1. Bibir lebar,lelaki berbibir lebar cenderung melakukan sesuatu perkara secara ekstrem. Lelaki ini tidak berkira dan sanggup berhabis demi mendapatkan sesuatu juga gemar keluar dan berkumpul bersama teman-temannya. Saat berhubungan intim, dia gemar melakukan aksi secara spontan dengan ghairah penuh berapi.

2.  Bibir Penug jejaka brbbibir penuh biasanya seorang yang banyak bicara, amat disenangi dan mudah didekati. Wanita yang berdampingan dengan lelaki ini sangat bertuah kerana lelaki ini mudah memperlihatkan kasih sayangnya dan akan sering membelai anda.

3.  Bibir bulat, jejaka berbibir bulat amat menyenangkan kerana mereka sangat peka, romantis dan amat memahami. Mereka peka terhadap perubahan pasangan dan sedaya upaya menggembirakan hati pasangan.

4.  Bibir tipis, lelaki berbibir tipis adalah seorang yang pemalu, tetapi penyayang .Namun begitu lelaki ini tidak akan memberitahu apa yang disukai kepadanya.



RAHSIA TAHI LALAT DI BIBIR

  • Bibir atas sebelah kanan individu yang mempunyai tahi lalat seperti ini dikatakan seorang yang bijak dan murah rezekinya.
  • Bibir atas sebelah kiri seorang yang baik hati,mudah didekati dan ramai kawan.
  • Bibir bawah sebelah kanan amat disenangi dan disegani oleh ramai orang.Justeru itu tidak hairanlah sekiranya dia senang didampingi oleh ramai orang.
  • Bibir bawah sebelah kiri. Mereka yang memiliki tahi lalat di bahagian ini adalah seorang yang bijak dalam berbicara dan tidak mudah mengaku kalah.

Friday, December 3, 2010

Kecantikan

Di sini saya ingin berkongsi maklumat yang saya dapat tentang cara merawat kecantikan tubuh. Semua orang ingin mendapatkan tubuh yang menawan sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan belanja yang banyak semata-mata untuk tubuh kelihatan menawan dan sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk melakukannya di salon kecantikan.Apa kata kalau kita cuba merawat tubuh kita di rumah kita sendiri. Dari maklumat yang saya dapat ini ,ianya memang tidak memerlukan belanja yang besar dan membuang masa yang lama. Caranya:

1. Minum air putih 8-12 gelas sehari.Lebih banyak air yang kita minum bererti kita dapat mengurangkan rasa lapar (minum setiap satu jam sehari) selain dapat mengawal berat badan ia juga dapat mengelakkan kulit menjadi kering.
2. Kurangkan makan makanan yang berkalori tinggi dan lemak .Perbanyakkan makan makanan yang bernutrisi.
3. Campurkan madu dalam air dan minum secara teratur pada setiap pagi. Ini dapat membuat kulit kita lebih bersinar dan halus.Khasiat madu dapat mengekalkan tenaga kita terutamanya saat kita sibuk.
4.Kalau kita mandi terlalu lama,sel-sel kulit mati di tubuh kita akan tanggal dengan sendiri,jadi gosoklah tubuh kita dengan perlahan dan lembut.

Selamat mencuba.

Monday, November 22, 2010

Pengalaman Baru

Assalamualaikum, saat ini merupakan satu pengalaman baru dan juga merupakan satu kejayaan buat diri saya kerana telah dapat membuat laman blog saya sendiri. Kata orang kita kena memajukan diri kita setapak demi setapak, dari yang lama kita kena cuba yang baru, barulah kita dapat memajukan diri kita sendiri. Sampai sini untuk permulaan pengenalan dari saya. Wassalam.