Tuesday, January 4, 2011

PETUA

Assalamualaikum,cubalah dengan petua ini.
1. Melembutkan daging.
Tumbuk halia sehingga halus dan campurkan sedikit garam, perapkan bersama daging yang telah dipotong selama setengah jam. Kemudian, bilas dengan air bersih dan masak seperti biasa atau rebus daging bersama satu cawan air kelapa sehingga lembut dan masak seperti biasa.

2. Hilangkan kulit berminyak.
Parut sebiji epal sehingga halus. Kemudian, sapukan pada keseluruhan muka dan biarkan selama 15 minit. Setelah agak kering, cuci dengan menggunakan air suam. Amalkan tiga kali seminggu hingga anda mendapat kesannya.

3. Bersih sotong dengan mudah.
Setelah membuang dakwatnya, rendamkan sotong ke dalam air beras dan biarkan selama 10 minit. Insya-Allah, kulit sotong akan mudah lekang. Selain senang dicuci,bau hanyir sotong juga akan hilang. Jika perlu, campurkan dengan sedikit garam dan bilas dengan air bersih.

4. Merasa makanan ketika  berpuasa.
Cara mengetahui masakan cukup masin atau masin,letakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda. Jika mendapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas, maka masakan anda sudah cukup rasanya.

5. Hilangkan daki badan.
Rendamkan segenggam beras selama satu jam,sejatkan hingga sedikit kering. Kemudian,tumbuk beras dengan sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Gosokkan bahan ini pada badan yang telah dibasahkan terutamanya bahagian leher dan kaki. Bilas dengan air suam. Amalan ini juga boleh mencerahkan kulit.

6. Cili jeruk tahan lama.
Celur cili yang telah dihiris ke dalam air panas. Biarkan semalamam. Sejat sehingga kering airnya. Kemudian, campurkan sedikit cuka dan air masak. Lalu,masukkan ke dalam bekas yang tertutup.

Saturday, January 1, 2011

BELAJAR MUZIK

Assalamualaikum, salam 1Malaysia dan selamat tahun baru 2011 dengan semangat dan azam baru yang lebih baik dan lebih berkualiti.

Belajar muzik agar anak lebih pintar.
Muzik sebenarnya  bukan sahaja berkesan untuk menidurkan bayi tetapi muzik mampu mempengaruhi perkembangan intelektual dan sosial anak.
Ramai pakar muzik mahupun golongan pendidik mengadakan penelitian untuk melihat kesan positif dari beberapa jenis muzik.Fakta terbaru menyimpulkan bahawa semua muzik berirama tenang dan mengalun lembut dipercayai dapat memberi kesan baik bagi bayi dan anak-anak yang sedang membesar.Malah ia sangat digalakkan sejak bayi berada di dalam kandungan lagi.
Pada tahun pertama kelahirannya,otak bayi akan berkembang dengan cepat dibandingkan pada usia-usia lainnya. Peranan suara dan muzik pada tahap ini dalah sebagai stimulasi yang mengoptimakan perkembangan intelektual dan emosional mereka. Muzik yang dapat dipergunakan untuk pendidikandan alat mempertajamkan kecerdasan adalah muzik yang mempunyai keseimbangan tiga unsure, melodi,ritme dan timbre.
Dalam otak manusia terdapat menerima  yang boleh mengenali muzik. Otak bayi pun sudah dapat menerima muzik terse but meskipun dengan kemampuan terbatas kerana pertumbuhan otak bayi belum sempurna. Muzik merupakan salah satu stimulasi untuk mempercepat dan menyuburkan perkembangan otak bayi.
Bila anak kecil sudahterbiasa mendengar muzik yang indah,ia tidak saja meningkatkan kognitif anak secara optimum,malah membangunkan kecerdasan emosi si anak.Selain manfaat kognitif dan emosi,muzik juga meningkatkan perkembangan otaknya,meningkatkan kemampuan berbahasa,matematik atau pengiraan dan sekaligus kemampuan sosialnya.Biasanya, si kecil ini akan lebih berkeyakinan dan mampu membangunkan rasa yakin pada diri sendiri.